1. Isteri yang soleh itu ialah yang taat kepada Allah dan Rasul dan
patuh kepada perintahNya. Sanggup menjaga maruahnya walaupun di
tempat-tempat yang sunyi dari pandangan orang lain, juga yang sering
mengingati Alah serta takut kepadaNya dengan sebenar-benar takut, tetapi
berani di dalam menegakkan Islam.
Firman Allah S.W.T maksudnya:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana
mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka
wanita yang Soleh ialah yang taat kepada Allah iagi memelihara diri di sebalik
pembelakangan suaminya oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)."
(An-Nisa': 34)
2. Isteri mesti bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh Allah
kepada suaminya.
3. Isteri mesti taat kepada suaminya.
Maksud sabda Rasulullah S.A.W.
"Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang yang lain
nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya".
4. Maksud sabda Rasulullah S.A.W.
"Hak suami atas isterinya ialah si isteri tidak meninggalkan tempat
tidurnya, hendaklah ia menghargai sumpah suami, hendaklah ia taat kepada
suami dan janganlah ia keluar rumahnya melainkan dengan izin dan
janganlah ia membenarkan masuk ke rumahnya orang yang tidak disukai oleh
suaminya."
5. Isteri mesti menjaga hak dan kehormatan suaminya, samada
suaminya ada di rumah atau tidak. Tingkah laku hendaklah disukai oleh
suaminya. Ditegah menyembunyikan harta benda suami. Dan ditegah
juga berbangga-bangga akan kecantikan dirinya dan pada keluarganya.
Jangan pula menghinakan suaminya kerana mempunyai rupa dan wajah yang
buruk.
6. Isteri mestilah mendahului hak suaminya daripada hak dirinya
sendiri atau kaum kerabatnya, sentiasa menunjukkan hemah yang tinggi,
lemah lembut tidak maki hamun, sumpah-seranah, umpat-keji, bantah
membantah dan lain-lain.
7. Menunjukkan sikap yang jernih dan kemesraan dan lapang dada
serta segala hal yang menyebabkan kesenangan suaminya diwaktu dia
ada di rumah. Selalu di dalam setiap tindakan dan keputusan,
tingkahlaku budi bicara, tutur bahasa dan makan-minum janganlah
terkeluar dari landasan yang digariskan oleh Islam.
8. Maksud sabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik wanita ialah perempuan yang apabila engkau memandangkan ia
menyukakan hati dan apabila engkau tidak ada ia menjaga harta engkau dan
memelihara dirinya."
9. Isteri yang Soleh mengikut pandangan Islam adalah isteri yang
berpengetahuan, berakhlak mulia, tahu melayan suami serta mengasihi dan
mendidik anak-anak ke jalan hidup yang dikehendaki oleh Allah dan
mengikut landasan yang ditunjukki oleh Rasulullah S.A.W.
No comments:
Post a Comment
sudahkah anda solat?