baca dah fikirlah.

Monday, November 15, 2010

Anda sedih dikecewekan boyfriend anda?! xpe!, saya ada tips!

*Perhatian kepada sahabat-sahabat, sebelum anda membaca artikel ini, saya sarankan agar anda membacanya dalam keadaan tenang, kerana artikel ini boleh dikatakan keras, pedas dan pasti sangat terasa. ;). Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah untuk menghina kaum wanita atau lelaki, jauh sama sekali, bahkan tujuan saya untuk menasihati, dan cara yang saya lakukan pelbagai. Ada yang perli, lawak atau keras. Apapun jika ada sebarang komen atau kritikan saya harap sangat anda boleh komen, yang terasa saya minta maaf..saya masih baru dalam penulisan macam ni =).

___________________________________________________

Sedih, kecewa, marah, geram dan bermacam-macam lagilah perasaan yang menyelinap masuk ke kepala hotak seseorang itu, tatkala ditimpa sesuatu masalah khususnya bagi mereka yang baru putus cinta dengan teman lelaki mereka (ala ciannya), hal ini sangat dirasai bagi golongan wanita yang jiwanya lemah dan tidak kuat berhadapan dengan masalah. Bagi golongan lelaki pula, putusnya hubungan dengan teman wanita mereka, boleh dikatakan small matter, Kerana apa?. kerana hati masih boleh berpaut pada 2 - 3 orang awek lagi. (jangan baca kuat2 kalau awek korang kat sebelah)

www.muawiyah90.blogspot.com

Kerap kali kita mendengar kebanyakan orang wanita menyelesaikan masalah atau membuang tekanan perasaan mereka, bukanlah dengan berpandukan garis panduan ajaran Islam. Bagi yang masih kuat imannya, sudah tentu masih mampu menahan kesedihan dan berjaya mencari jalan penyelesaian. Bagi mereka yang lemah imannya pula amatlah malang dan menyedihkan kerana cara penyelesaian mereka sangat sadis sekali seperti membunuh diri, minum racun, mencederakan diri sehinggakan ada yang menjadi gila (sewel).

hmmm, sekarang, cuba anda refresh balik seketika. Dulu, masa mula-mula bercinta atau 'bercouple'. Lihatlah, betapa gembiranya anda, sehinggakan ada yang mengangkat sumpah atau baiah untuk sehidup semati dengan teman lelakinya buat selama-lamanya. Apa yang menyedihkan, Last-last ngko yang mati dulu. hahaha!. (sorrylah, saya gurau je ok.)

www.muawiyah90.blogspot.com

Sedih seribu kali sedih, kerana ramai di antara kita yang gagal untuk membantu wanita-wanita ini dalam menyelesaikan masalah mereka. Jadi di sini, saya merasa begitu terpanggil untuk membantu sekalipun tidak ada yang memanggil, dengan memberi beberapa tips untuk mereka yang kecewa dek baru putus cinta dengan teman lelaki mereka. Insyaallah, tips-tips yang saya kongsikan ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda dan mungkin dalam masa yang sama ianya akan menambah kekecewaan dan kesedihan kepada anda. hahaha. (gurau lagi).

Apa yang patut anda lakukan apabila dikecewakan oleh teman lelaki anda?

1. Berysukur kepada Allah!

Bersyukurlah dan gembiralah kerana anda telah terselamat!, Fikirkanlah wahai putriku!. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Contoh yang paling simple, ketika teman lelaki anda mengajak anda untuk keluar bersamanya ke clubbing (kat area2 KL la kot). Tetapi, ianya di halang oleh ibu anda (ala ciannya). Ketika itu pula anda akur dan taat dengan ibu anda (cewahh, baik nampak). Saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam..tut tut...anda menerima panggilan bahawa teman lelaki anda ditimpa kemalangan dengan teman wanita (oops, dia men kayu tiga daaa) haha. Pastinya anda gembira dan bersyukur!. Eh pesal pulak?. Yelah, sebab Allah telah menyelamatkan nyawa anda dari kecelakaan yang celaka!. Bayangkan sekiranya anda ingkar dan tidak patuh pada ibu anda, kemungkinan sekarang ini anda telah kehilangan tangan dan kaki!..hmm, dah takde pakwe yang nak kat anda dah! haha. See!. Itulah antara hikmahnya!. (penulis pun tak pasti contoh ni anda puas hati atau tidak.)

www.muawiyah90.blogspot.com

2. Fikirkan!

Oh putriku (puitis wei). Kenapa anda sanggup menangis tatkala ditinggalkan lelaki yang teramat anda cintai?. Kenapa anda sanggup merosakkan diri anda seperti merebahkan tubuh anda kepada lelaki yang belum pasti menjadikan anda sebagai isterinya?. (setepek!). Kenapa?. Kenapa anda sanggup membebankan diri anda terhadap lelaki mangkuk hayun itu?. (serius marah gile ni). Ingatlah, hai putriku!. Di luar sana (luar rumah korang) masih ramai lelaki yang lebih baik dari teman lelaki anda dahulu!. Bahkan ada yang lebih baik 1,000 kali ganda dari dia!. Bak kata orang ramai, "bunga bukan sekuntum". Benarkan?. Tapi, kalau anda dapat bunga tahi ayam, padan ngan muka hampa. haha (gurau lagi sekali pleasee).

www.muawiyah90.blogspot.com

3. Pointer!

Apa kejadah dengan pointer lak ni?. Pointer apa?. Pointer CGPA anda lerr. Bandingkan CGPA anda dengan teman lelaki anda. Siapa lebih tinggi?. Wow!. CGPA anda 4 flat. Tapi, teman lelaki anda pula mendapat 2 flat (oh men!). Jadi, kenapa anda masih ingin menitiskan air mata kerana lelaki mangkuk hayun yang ngok ngak tu (ha kan da kena!. mendidih gile ni)?.Ingatlah putriku!. Jika lelaki itu seorang yang berilmu, pasti dia tidak akan melukakan hatimu!. Eh jap!, tapi bahaya gak, sebab orang yang berilmu ni pandai susun strategi, nasib engkorang la haha. (gurau lagi ler).

www.muawiyah90.blogspot.com

4. Tengok cermin!

Wahai putriku!. Lihatlah ke cermin bilik anda (mana2 cermin pun takpe). Anda sudahlah cantik, ayu, montel dan monggel (ini package A, belum package B). Dan lihatlah pula wajah teman lelaki anda. Sesuaikah anda dengannya?. "Ewwww, kalau i lah kan. takde kuasa i. Muka cam i ni lebih baik carik pakwe lebih macho!." Jadi, kenapa anda masih mahu menangis dan sedih?!. Anda sepatutnya gembira kerana awek baru teman lelaki anda pasti akan merana!.

www.muawiyah90.blogspot.com

5. Agama!

Ayang...Cuba mengucap dua kalimah syahadah?. "astaghfirullah", eh tu istighfar la!. apa kes?. Pernahkah teman lelaki anda bercakap soal agama dengan anda?. Pernahkah teman lelaki anda memerintahkan anda supaya menutup aurat?. Bagaimana pula dengan solat?. Dan pernahkah teman lelaki anda pergi ke masjid untuk bersolat jemaah?. Sudah tentu jauh sekali (ada gak laki yang baik).

Ingatlah pesanan ini baik-baik. Sesungguhnya cinta itu akan mencorakkan kehidupan anda khususnya untuk kaum wanita. Adakah anda sanggup ke neraka bersama teman lelaki anda?. Pastinya tidak!.

Kata-kata yang indah, hakikatnya bohong!, seperti "aku sanggup meredah lautan api". Ha cuba hampa bakar sambah, pastu pi suruh teman lelaki anda meredahnya. Zupppp, dah lari dah. "Ambillah kapak dan belahlah dada ku". Ha pi cepat amik kapak atau parang kat umah anda. Ha apa lagi! kapak ar dada teman lelaki anda hahaha (jangan buat real, kang penulis kena tahan).

www.muawiyah90.blogspot.com

Marilah kita renungi kesemua perkara di atas. Kenapa anda sanggup bersedih kerana si dia?. Biarkan mereka mencari wanita lain!. Masih ramai lelaki yang inginkan anda!. (accapan, mana tahu kalau jodoh). Tabahkan hati dan sentiasalah bersyukur kepada Allah. ingatlah bahawa cinta yang hakiki adalah cinta kepada Allah (belum try belum tahu!. Mai secawan!).

Cuba anda bayangkan jika anda merupakan seorang ibu, sudah tentu anda begitu menyanyangi anak anda. Jika anak kecil itu melakukan sesuatu yang melukakan hati anda, pasti anda akan memarahinya, dan sekiranya dia meminta maaf, pasti anda akan memafkannya!. Bagaimana pula dengan Allah?!. Berkali kali ganda jauhnya kasih dan sayangnya Allah terhadap hamba ciptaanNya!. Contohnya orang kafir yang mensyirikkan Allah, mereka menyembah selain daripada Allah selama 80 tahun, kemudian tergerak di dalam hatinya untuk bertaubat dan memeluk agama Allah!. Nescaya Allah akan menerimanya!.

daripada abu muawiyyah satu

No comments:

Post a Comment

sudahkah anda solat?