Hari ini aku mengikuti usrah seperti biasa. Kawan ku menjemput untuk bersama2 turun kesana. Maklumlah, menumpang … hehehe. Samapa di tempat usrah, aku melihat ramai sahabat yang telah sampai dan sempat juga mereka melihat kearah kami. Rupa2nya kami datang agak lewat, sudah menjadi lumrah aku dan kawan ku datang lewat apabila usrah tapi kalau futsal, muka kami inilah yang boleh dikatakan menepati masa.
Salam diucap sambil tangan dihulur, naqib mempersilakan kami duduk. Aku duduk agar kebelakang sedikit kerana tempat dah agak sempit..siapa suruh saya datang lewat kan? Em, inilah balasan kepada aku.. tapi tidak mengapa yang penting semangat untuk turun ke usrah ini masa ada dan terus ada kerana dalam usrah inilah kami akan membincangkan hala tuju islam, ekonomi, kehidupan dan macam macam lagi. Rugilah bagi sahabat2 yang tidak turun ke usrah. Malam ini, salah satu pembentang adalah orang kuat dalam usrah, iaitu YDP kawasan. Beliau memberikan kata-kata semangat dalam perjuangan kami dalam perjuangan suci kami. Apa yang aku pasti, semangat beliaulah yang mengagumkan.
Kemudian, tiba-tiba seorang sahabat memberi sedikit nasihat iaitu jangan berkira dalam membelanjakan wang mahupun harta di jalan islam. Mengambil contoh kisah saidina Abu Bakar Assiddiq, yang membelanjakan kesemua hartanya dalam perjuangan islam. Apabila ditanya, wahai Abu Bakar!, engkau telah membelanjakan banyak harta benda kejalan islam, apakah yang tinggal dengan engkau wahai abu bakar?,. Abu bakar menjawab “ aku tidak perlukan harta, Allah s.w.t dan Rasul-Nya sahajalah yang tinggal dengan aku.” Lihatlah pengorbanan dan cintanya beliau dalam perjuangan islam, sanggup membelanjakan kesemua hartanya demi islam sehingga tiada yang tinggal demi cintanya kepada Allah dan Rasul. Tingginya martabat Abu Bakar jika dibandingkan dengan kita. Apatah lagi jika dibandingkan dengan aku sendiri. Impian aku adalah mempunyai kereta HILUX secepat mungkin, kerana sudah lama aku mengidamkan kereta tu, dalam hatiku berkobar-kobar semangat untuk dapatkan Hilux. Malah antara HILUx dengan kahwin, rasanya aku pilih HILUX lagi kot...tapi kalau dapat dua-dua sekali bagus juga tu. hehehe. Tapi jika dibandingkan dengan Abu Bakar tadi yang sanggup mengeluarkan semua hartanya demi islam tanpa tinggal sedikit pun untuk nya, dengan aku yang ingin mendapatkan HIlux adalah bebeza sama sekali. saidinaAbu Bakar membelanjakan hartanya kerana Allah, tapi aku pula lain.. aduh!! Jauhnya aku daripada meraih cinta Allah dan Rasul.
Tapi tidak mengapa, satu hari aku akan dapatkan hilux juga. Semoga perjalananku untuk mendapatkan hilux ini sentiasa dekat dengan cinta Allah dan mendapat keredhaan-Nya.
Alamak!!, melamun dalam usrah? Wah hebat juga aku ni, sempat melamun sambil dengar usrah. Haha..
Kali ini, tajuk menghargai tetamu pula, aku tidak berapa ingat apa yang disampaikan. Tapi untuk sekadar renungan kita bersama aku teringat jugalah satu kisah di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Cerita ni cerita betul yang dianggap betul oleh orang-orang betul daripada sumber yang betul kerana aku baca pun memang betul. Hehehe berapa banyak betul daa.. cerita ini berlaku pada suatu hari dalam musim penghijrahan kaum muslimin dari mekah ke kota Yatsrib. Seorang sahabat ini tidak ada tempat untuk bermalam disamping itu juga perutnya terasa lapar. Semasa meninggalkan mekah, dia tidak membawa hartanya demi cinta pada Islam. Berhijrah tanpa membawa harta, tapi kalau kita,berhijrah kemana2 pun mesti bawa harta.
Kemudian apabila sampai di yastrib, dia telah dipelawa tinggal oleh seorang penduduk kaum ansar untuk tinggal dirumahnya setelah Rasulullah bertanya kepada mereka siapa yang mahu menumpangkan muhajirin ini tinggal dirumahnya. Orang ansar yang miskin ini mempunya seorang istri yang taat dan mempunyai beberapa orang anak. Walaupun miskin, beliau sanggup mempelawa muhajirin ini supaya berteduh dirumahnya demi menghargai saudara-saudaranya yang datang dari Mekah. Sampai dirumah dia memberitahu kepada isterinya yang taat itu yang mala mini akan ada tetamu yang bermalam dirumah mereka dan dia menyuruh isterinya agar menyediahkan makanan dan tempat tidur untuk tetamu mereka. Isterinya berasa risau. Dia pun berbisik kepada suaminya “ wahai suamiku, makanan dirumah kita ini tidak mencukupi untuk kita sekeluarga apatah lagi untuk tetamu kita, kerana kita telah kehabisan belanja”. Suaminya berfikir sebentar kamudian dia bersuara ,” wahai isteriku, kamu masaklah untuk tetamu kita dan jika anak-anak kita bangun untuk makan, maka masaklah air kemudian suruhlah mereka tidur sementara menunggu makanan masak untuk memperdayakan mereka. Malam ini kita akan berlapar, biarlah tetamu kita mendapat makanan kerana dia lebih memerlukan makanan berbanding kita.” Maka isterinya pun menuru apa yang di perintahkan suaminya. Apabila anak-anak mereka tidur maka dijemputlah muhajirin tadi untuk makan bersama-sama. Suaminya menyuruh isteri agar memadamkan pelita apabila tetamu tengah makan nanti. Padam lampu bukan kerana mahu jimatkan minyak ataupun mahu kegelapan, tetapi orang ansar ini tadi tidak mahu tetamunya ini Nampak yang mereka sekeluarga tidak makan semata-mata mahu memberi makan kepadanya. Maka makanlah tetamu tadi di dalam gelap, keluarga ansar tadi pula hanya berbuat seperti sedang makan padahal mereka sebenarnya sedang menahan lapar dan mereka juga tidak mahu tetamu mereka tahu yang makanan mereka tidak mencukupi… mulianya orang ansar ini. Masih adakah orang seperti ini di bumi Malaysia ini, paling tidak pun, di sekitar kita? Kalau ada, tunjukkan kepadaku, aku mahu tinggal dirumahnya dalam satu bulan.. hehehehe.. mulianya hati orang ansar ini.. menitis air mataku membayangkan kemuliaan hatinya. Dia sangat menghargai tetamunya melebihi dirinya sendiri. Walaupun dia tahu dia miskin, tapi dia tetap mempersilakan tetamunya datang kerumah. Tetapi perbuatan tersembunyi beliau akhirnya diketahui juga. Inilah dia keikhlasan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam mempertahankan akidah dan perjuangan mereka.
Siapakah diantara kita yang tidak tersentuh dengan sifat yang ditunjukkan oleh sahabat ini tadi. Beliau menghargai tetamunya melebihi dirinya sendiri. Wah… mulianya hatinya.
Inilah dia diantara ilmu-ilmu yang diberikan dalam usrah. Buat sabat-sahabat yang tidak kenal dan jarang turun keusrah, marilah.. usrah ini adalah keluarga..semua ahli usrah adalah ahli keluarga kita. Jangan takut untuk berusrah dan jangan takut untuk berpolitik.. malulah kita jika tidak minat dengan politik.. siasah atau politik ini juga diamalkan dan disyariatkan sejak zaman Rasulullah lagi.
Buat seorang sahabat yang degil dan takut untuk turun keusrah, turun dan rasailah kemanisan dalm usrah dulu. Ini tidak, belum turun sudah takut. Hehehehe..
Setiap hari selasa pukul 8.15 minit malam. Di kawasan kudat.
Sekian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment
sudahkah anda solat?