Bacalah — Renungilah — Kemudian Terus Beramal
(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau
bagaimana keadaan sekalipun.
(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkaraperkara
yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara
membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul;
kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran
kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu
sentiasa tenang lagi tenteram.
(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh sungguh dalam setiap perkara.
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh
para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang siasia
malah menyakiti hati orang.
(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhanpertubuhan,
dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi
kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara
bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas
gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh
itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa
dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah
pelaksanaannya.
No comments:
Post a Comment
sudahkah anda solat?