solatlah kamu sebelum disolatkan.!!!
Beberapa hadith Rasulullah S.A.W yang memerintah agar solat dikerjakan beserta dengan fadhilat-fadhilatnya sekali.
- Solat adalah julung-julung perintah yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan solat juga julung-julung kalinya akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat nanti.
- Takutilah Allah dalam perkara yang membezakan antara iman dan syirik.
- Iman dan solat adalah perkara yang amat bernilai kerana ia adalah tanda islam seseorang.
- Solat adalah jihad terbaik dalam menegakkan tiang agama islam.
- Solat adalah nur bagi mukmin dan penghinaan bagi syaitan.
- Allah S.W.T bermurah hati dan menjauhkan bencana terhadap seseorang selagi dia mengerjakan solat.
- Allah mengharamkan bahagian anggotanya yang menyentuhi bumi daripada dibakar api neraka.
- Amalan solat yang dikerjakan tepat pada waktunya amat dicintai Allah S.W.T.
- Solat adalah anak kunci ke syurga dan apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu-pintu syurga akan di buka seluas-luasnya.
- Allah S.W.T amat suka akan perawakan seseorang apabila dia dalam sujud dimana dahinya kena tanah dengan perasaan yang hina, sesungguhnya dalam keadaan sujud dirinya amat hamper dengan Allah S.W.T.
- Tempat solat dalam islam seumpama kepala pada badan dan nur pada hati.
- Jika seseorang mahu dosa-dosanya diampunkan oleh AllahS.W.T, maka hendaklah dia mengambil wudhu dengan sempurna, solat dengan khusyuknya kemudian berdoa kehadrat Illahi, maka Allah akan menerima doa hamba-Nya dan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya.
- Solat yang ditunaikan tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali Allah S.W.T dan malaikat, api neraka tidak akan menyentuhnya.
- Sesuatu doa yang diminta setiap selepas solat fardhu akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T sama ada cepat mahupun lambat.
- Selagi sesorang itu tiak mengabaikan solat, selagi itu syaitan tidak dapat menguasainya.
- Sewaktu terbit fajar, sesetengah masjid membawa bendera iman dan sesetengah pasar membawa bendera syaitan.
- Empat rakaat sebelum zohor sama pahalanya dengan empat rakaat solat tahajjud.
- Rahmat Allah S.W.T dicucuri keatas hamba-Nya yang bersolat.
- Tidak syak seorang mukmin itu adalah tahajjudnya dan kemuliaanya adalah dalam keredhaanya dan kesabarannya.
- Solat dua rakaat ditengah malam adalah lebih berharga dari segala kekayaan didunia, teruskanlah solat tahajjud kerana dia adalah perjalanan orang-orang soleh dan cara mendekati Allah S.W.T dengan lebih dekat.
Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan seseorang muslim dan muslimah kerana ia mencerminkan peribadi yang mulia.
No comments:
Post a Comment
sudahkah anda solat?